• COMBO 3 FOR RM110 / COMBO 5 FOR RM160 / COMBO 8 FOR RM250. FREE SHIPPING ALL OVER MALAYSIA Shop Now!
icon-search
icon-search

10 Tips Penggunaan Perfume Yang Anda Wajib Tahu

10 Tips Penggunaan  Perfume Yang Anda Wajib Tahu

1) MEMAKAI LOTION SEBELUM MENYEMBUT MINYAK WANGI 

Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untuk membantu mengekalkan bau kegemaran anda.

2) SAPU VASELINE PADA NADI SEBELUM MENYEMBUR PERFUME UNTUK MEMBUATKAN PERFUME BERTAHAN LEBIH LAMA

Langkah alternatif selain lotion, anda juga boleh sapu Vaseline terlebih dahulu sebelum sembur perfume.

3) JIKA MAHUKAN PERFUME ANDA UNTUK TAHAN LEBIH LAMA,ELAKKAN MENYIMPAN MEREKA DI DALAM BILIK AIR ATAU TEMPAT YANG LEMBAP DAN PANAS.

Haba, cahaya dan kelembapan akan mempercepatkan proses pemecahan partikel perfume dan mengurangkan kualiti wangian. Sebaliknya, simpan perfume anda di tempat yang jauh dari cahaya matahari, kering seperti atas meja solek di dalam bilik tidur atau dalam ‘dressing cabinet’.

4) SPRAY PERFUME SEBAIK SAHAJA SELEPAS MANDI DAN SEBELUM MEMAKAI BAJU

Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian atau barangan kemas.

5) JANGAN LAP PERFUME DI PERGELANGAN TANGAN SELEPAS SEMBUR

Gosokan di pergelangan tangan akan menghasilkan haba dan ia akan memaksa ‘Top Note’ untuk hilang lebih cepat dan seterusnya mengurangkan kualiti wangian.

6) SEMBUR PERFUME PADA SIKAT TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENYIKAT RAMBUT.

Menyembur perfume yang berasaskan alcohol terus pada rambut akan menyebabkan rambut menjadi kering. Oleh itu, sentiasa sembur pada sikat terlebih dahulu sebelum menyikat rambut.

7) SEMBUR PERFUME PADA BANTAL DENGAN BAU YANG MENENANGKAN

Contoh, perfume yang berasaskan bauan bunga seperti Jasmine, Patchouli dan Lavender untuk tidur yang lebih lena.

8) UNTUK MENGENAL ‘TRUE SCENT’ DARIPADA PERFUME, TUNGGU SEHINGGA PERFUME KERING PADA KULIT SEBELUM MENCIUM BAUNYA.

Selepas menyembur perfume, bau yang disembur adalah ‘Top Note’, yang akan hilang selepas beberapa minit.

9) KENAL PASTI TERMA PERFUME

-Body mist, cologne, EDT, EDP dan Parfum

-Top notes, middle notes dan base notes

10) CIPTA LOTION SENDIRI DENGAN MENGGUNAKAN SISA PERFUME

Tuang sisa minyak wangi dari perfume yang hampir habis ke ‘Unscented Lotion’ supaya tidak membazir.



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping